Topik diikuti
Pergi ke BHkuTekad rebut juara tinju dunia
Tekad rebut juara tinju dunia
Tekad rebut juara tinju dunia
PETINJU negara, Nurshahidah Roslie, bakal bersaing bagi merebut gelaran Super Bantamweight Perak Antarabangsa Majlis Tinju Dunia (WBC) hari ini.
The Sniper (nama gelaran Nurshahidah) akan berdepan dengan petinju dari China, Fan Yin, dalam Kejohanan Pertempuran Singapura ke-8 di Bangunan Foochow, di Jalan Besar.
Ini merupakan gelaran tinju profesional tahap tertinggi yang pernah ditandingi seorang petinju setempat.
WBC merupakan antara empat badan penguasa utama sukan tinju profesional dan gelaran perak tersebut adalah satu taraf di bawah gelaran dunia.
Mantan pemegang gelaran itu termasuk anak petinju legenda Muhammad Ali, Laila Ali (super middleweight) dan bintang seni mempertahankan diri campuran Holter Holm (welterweight).
Pemenang gelaran dunia boleh meraih ganjaran sekitar $68,830 (AS$50,000).
Laporan lanjut : Anak watan ingin cipta kejayaan, impi rebut gelaran tinju dunia
