Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teknisyen mati selepas terperangkap dalam lubang lif di Bangunan Chan Brothers

Feb 27, 2021 | 7:57 PM
Teknisyen lif diumumkan meninggal dunia di tempat kejadian ini pada sekitar 5.30 petang.
Teknisyen lif diumumkan meninggal dunia di tempat kejadian ini pada sekitar 5.30 petang. - LIANHE ZAOBAO

Seorang teknisyen lif berusia 30 tahun meninggal dunia pada Sabtu (27 Feb) selepas terperangkap dalam lubang (shaft) lif di sebuah bangunan di North Bridge Road semasa menjalankan kerja pembaikan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mereka dimaklumkan tentang kejadian di 452 North Bridge Road, iaitu alamat Bangunan Chan Brothers, pada sekitar 11.30 pagi.

Teknisyen itu didapati terperangkap dalam jurang sempit di antara gerabak lif yang berada di antara tingkat dua dua dengan tiga bangunan itu, dengan struktur sokongan besi lif tersebut.

Usaha menarik keluar teknisyen itu mengambil masa enam jam, dalam apa yang disifatkan SCDF sebagai satu operasi sangat rumit.

Siasatan polis di atas kematian tidak semula jadi itu masih berjalan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg