Premium
Teknologi dapat bantu jaga keselamatan di jalan raya
Oct 22, 2017 | 5:30 AM

MENJAGA KESELAMATAN JALAN RAYA: Dr Faishal (kanan) bersama Presiden Persatuan Automobil Singapura, Encik Bernard Tay, di sidang yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands. - Foto FAISHAL IBRAHIM FACEBOOK -
LEBIH banyak yang boleh dilakukan untuk menjadikan jalan raya lebih selamat, terutama dengan penggunaan alat teknologi mobiliti, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Berucap di Sidang Memandu dengan Selamat dan Mobiliti anjuran Persatuan Automobil (AA) Singapura kelmarin, beliau berkata jumlah kematian di jalan raya telah susut sebanyak satu pertiga sejak 10 tahun lalu hasil usaha bersama pengguna jalan raya, pemerintah dan pertubuhan bukan pemerintah seperti AA Singapura dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura.

