Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Telur dari Indonesia kini dijual di NTUC FairPrice

May 13, 2023 | 5:30 AM
PELBAGAIKAN SUMBER: Satu pek 'Eco Farm Fresh Eggs' dari Indonesia berharga $3.40 berisi 10 biji telur boleh didapati di 64 pasar raya FairPrice, FairPrice Finest dan pasar raya besar FairPrice Xtra mulai Sabtu di seluruh negara. - Foto NTUC FAIRPRICE CO-OPERATIVE LTD
PELBAGAIKAN SUMBER: Satu pek 'Eco Farm Fresh Eggs' dari Indonesia berharga $3.40 berisi 10 biji telur boleh didapati di 64 pasar raya FairPrice, FairPrice Finest dan pasar raya besar FairPrice Xtra mulai Sabtu di seluruh negara. - Foto NTUC FAIRPRICE CO-OPERATIVE LTD -

NTUC FairPrice akan menawarkan sumber telur baru dari Indonesia mulai Sabtu, menjadikannya peruncit pasar raya pertama di Singapura yang menawarkan telur dari Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, FairPrice berkata telur itu akan tersedia di semua pasar raya besar FairPrice, pasar raya besar FairPrice Finest dan FairPrice Xtra.

Secara keseluruhannya, FairPrice kini memperoleh telur dari 11 negara di seluruh dunia, termasuk telur setempat, sekali gus menawarkan lebih 60 pilihan produk telur merentasi pelbagai jenama.

Meskipun terdapat tekanan inflasi yang berterusan, Ketua Pegawai Pemerolehan FairPrice, Encik Tng Ah Yiam, berkata FairPrice terus berusaha mempelbagaikan sumber protein yang ditawarkan.

"Penambahan sumber baru telur dari Indonesia adalah sebahagian daripada strategi berterusan kami untuk meningkatkan lagi keselamatan dan daya tahan makanan kami serta melindungi pelanggan daripada turun naik bekalan dan harga.

"Ini menyokong komitmen kami untuk menyederhanakan kos sara hidup untuk semua," kata Encik Tng.

Satu pek 'Eco Farm Fresh Eggs' dari Indonesia berharga $3.40 sebungkus berisi 10 biji telur yang boleh didapati di 64 pasar raya FairPrice, FairPrice Finest dan pasar raya besar FairPrice Xtra mulai Sabtu di seluruh negara.

Telur indonesia itu akan diperkenalkan secara berperingkat kepada lebih banyak lagi cawangan lain pada masa akan datang.

Awal tahun ini, FairPrice menambah Brunei dan Jepun ke senarai negara yang mengimport telur.

Ini sebagai tambahan daripada negara lain yang sudah berada dalam senarainya seperti Malaysia, Thailand, Australia, New Zealand, Ukraine, Poland dan Denmark sebagai tambahan kepada sumber setempat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg