Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Temasek tingkat kongsi dalam Grab, firma lain

Feb 16, 2022 | 5:30 AM
SEBAR MESEJ: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mendekati masyarakat di kawasan Kampung Gelam pada Sabtu (18 Februari) untuk menyebarkan mesej anti-dadah sebagai sebahagian daripada kempen Dadah Itu Haram. Foto-foto BM oleh IRMA KAMARUDIN
SEBAR MESEJ: Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, mendekati masyarakat di kawasan Kampung Gelam pada Sabtu (18 Februari) untuk menyebarkan mesej anti-dadah sebagai sebahagian daripada kempen Dadah Itu Haram. Foto-foto BM oleh IRMA KAMARUDIN -

NEW YORK (REUTERS): Firma pelaburan pemerintah, Temasek Holdings, meningkatkan perkongsian dalam beberapa syarikat yang mempunyai tumpuan kepada pengguna bagi suku tahunan berakhir 31 Disember tahun lalu.

Ia termasuk dalam syarikat penyedia khidmat kenderaan sewa dan penghantaran makanan, Grab Holdings; firma broker Robinhood Markets dan syarikat fesyen, Rent the Runway, menurut laporan sekuriti dikeluarkan semalam.

Temasek, yang mempunyai nilai sebanyak AS$278.81 bilion ($375.6 bilion) sehingga Mac tahun lalu, juga meningkatkan perkongsian dalam syarikat pembayaran restoran, Toast Inc.

Pada masa sama, firm itu menjual semua sahamnya dalam syarikat Uber Technologies, Coinbase Global dan Tencent Music Entertainment Group.

Temasek sedang bekerjasama dengan syarikat portfolio bagi membantu mereka menjadi lebih mesra alam dan menumpukan perhatian terhadap kemampanan.

Temasek mengumumkan nilai portfolio pelaburan bersihnya mencapai paras rekod dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun lalu, didorong oleh kenaikan harga saham sejagat dan penyenaraian beberapa syarikat yang dilaburkannya dalam bursa saham.

Nilai Portfolio Bersih (NPV) mencapai $381 bilion sehingga 31 Mac tahun lalu, berbanding $306 bilion pada tahun sebelumnya.

Kadar Pulangan Pemegang Saham Keseluruhan (TSR) pula tumbuh kukuh sebanyak 24.53 peratus setelah mencatatkan paras negatif iaitu -2.28 peratus pada tahun kewangan sebelumnya.

Sejak dibentuk pada 1974, TSR mencatatkan 14 peratus tahunan secara kompaun. Ia mencecah 8 peratus bagi TSR selama 20 tahun dan 7 peratus bagi 10 tahun.

Sepanjang tahun kewangan lalu, Temasek membuat pelaburan sebanyak $49 bilion dan menjual pelaburan bernilai $39 bilion.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg