Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tempahan slot tarawih akan disemak jika perlu selepas minggu pertama: Muis

Mar 17, 2023 | 5:30 AM
48525127-392c-4c52-a1e5-dc4d97e8f5e6
-

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan menyemak keperluan membuat tempahan bagi solat tarawih di 10 masjid dan akan membuat penyesuaian jika perlu.

Semakan itu termasuk memantau kehadiran dan keperluan jemaah pada minggu pertama Ramadan, kata jurucakap Muis semasa menjawab pertanyaan Berita Harian (BH).

Ia sebahagian daripada usaha membantu je-maah mengerjakan solat tarawih di masjid memandangkan solat di kolong blok dan dewan serbaguna tidak dianjurkan.

Terdapat juga usaha menyediakan bas untuk membawa jemaah yang memerlukan pergi ke masjid.

Muis, pada 15 Mac, mengumumkan jemaah perlu menempah slot solat tarawih di 10 daripada 67 masjid yang menawarkan solat tarawih sepanjang Ramadan.

Ini termasuk di Masjid Al-Islah, Al-Istighfar, Al-Taqua, Darul Ghufran, Al-Khair, An-Nur, Darul Makmur, Yusof Ishak, Al-Abrar dan Tasek Utara. Tiada tempahan diperlukan buat 57 masjid yang lain serata Singapura. Keseluruhannya, sebanyak 98,550 ruang solat disediakan sepanjang Ramadan.

Masjid bersiap sambut jemaah tarawih

Muis pada Rabu lalu menyatakan terdapat ruang mencukupi di masjid setempat justeru solat tarawih di kolong blok atau di dewan serba guna tidak akan dianjurkan pada Ra-madan ini.

Sebelum ini, Muis dan masjid telah mengeluarkan surat sokongan pada Februari 2023 kepada kumpulan kariah untuk menganjurkan solat tarawih di 27 kolong blok dan dewan serba guna.

Muis telah memohon maaf kepada kumpulan kariah yang terjejas.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, Muis mendapati ruang solat di masjid cukup bagi jemaah yang ingin solat tarawih sepanjang Ramadan.

Namun, Muis juga akur dan pri-hatin dengan peranan kumpulan kariah yang berkhidmat di luar masjiddan di kawasan kejiranan untuk menyediakan rangkaian sokongan bagi jemaah.

Muis dan pihak masjid akan membantu kumpulan kariah yang terjejas.

Ketika ditemui BH, Ustaz Mo-hamed Ali Atan, Pengerusi Ekseku-tif Masjid Ar-Raudhah berkata pihaknya telah membuat persiapan untuk menerima kedatangan jemaah.

"Selain ruang solat aras 1 dan 2, kami telah membuka ruang solat di tingkat 3 dan 4 sebagai tambahan jika jumlah jemaah bertambah.

"Ruang solat khas untuk warga emas dan golongan yang mempun-yai masalah mobiliti telah disedia- kan untuk memastikan mereka dap-at solat bergerak dengan selesa," ka-ta Ustaz Mohamed Ali.

Selain ruang solat, Masjid Ar- Raudhah juga telah menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi je-maah yang ingin ke masjid.

Mengenai sistem tempahan, jurucakap Muis memberitahu BH: "Tujuan sistem tempahan itu adalah untuk memberi kepastian kepada jemaah supaya mereka boleh merancang lebih awal di mana mereka ingin solat, sama ada solat Jumaat, ataupun solat tarawih."

Muis juga berkata sistem tempahan bagi ruang solat memberi man-faat bagi pihak masjid kerana mere-ka dapat mengetahui dengan lebih pasti bilangan jemaah yang hadir.

Dengan data itu, masjid dapatmenyediakan kakitangan dan sum-ber yang sesuai untuk mengendali-kan jemaah yang menunaikan solatdi masjid.

"Sistem tempahan memboleh- kan pihak masjid mengumpul data tentang tingkah laku jemaah, yang juga dapat dibandingkan dengan kehadiran sebenar.

"Ini memberikan peluang bagi masjid untuk merancang penguru-san orang ramai pada jangka perten-gahan hingga panjang," tambahnya.

Selain masjid, sistem tempahan juga telah membantu Muis untuk mengkaji trend kehadiran jemaah semasa pandemik dan sebagai langkah untuk menyediakan ruang ibadah selaras dengan kelonggaran sekatan pandemik.

Muis turut memberi jaminan masjid-masjid telah dilengkapi dengan kemudahan yang sesuai.

"Masjid-masjid, tidak kira yangbaru atau yang baru dinaik taraf, te-lah melabur banyak untuk menyedi-akan kemudahan tanpa hambatan dan memenuhi keperluan golonganyang kurang upaya, termasuk warga emas.

"Ini termasuk pemasangan lif, tanjakan dan susur tangan, serta mempunyai sukarelawan untuk memberikan bantuan yang diperlukan," tambah jurucakapnya.

Walaupun solat tarawih di kolong blok dan dewan serba guna ditiadakan, Muis juga akur dan prihatin dengan peranan kumpulan kariah yang berkhidmat di luar masjid dan di kawasan kejiranan untuk menyediakan rangkaian sokongan bagi jemaah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg