Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tempat letak kereta Holland Village ditutup bagi pembangunan

Aug 3, 2018 | 1:14 PM
DITUTUP: Tempat letak kereta terbuka di Holland Village ini akan ditutup pada 13 Ogos bagi kerja pembangunan.
DITUTUP: Tempat letak kereta terbuka di Holland Village ini akan ditutup pada 13 Ogos bagi kerja pembangunan. - Foto BENJAMIN SEETOR

ORANG ramai yang berkunjung ke Holland Village akan mendapati lebih sukar untuk mencari ruang tempat letak kereta tidak lama lagi.

Ini kerana tempat letak kereta utamanya akan ditutup bagi satu pembangunan penggunaan bercampur yang akan disiapkan dalam tempoh tujuh tahun.

Menurut kenyataan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) kepada pemandu baru-baru ini, tempat letak kereta terbuka itu akan ditutup mulai 13 Ogos.

Menurut akhbar The Straits Times, ini bererti kehilangan sekitar 400 ruang tempat letak kereta di kawasan Holland Village itu.

Pemandu boleh letak kenderaan mereka di tempat letak kereta depan Blok 18 dan 21 Holland Drive, serta di Blok 5A Holland Close dan Blok 10A Holland Drive.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg