Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tempat letak kereta T1 ditutup mulai 12 Nov

Nov 5, 2014 | 7:50 PM
1ec3b959-29b4-41d7-95a6-c7bfab20749f
-

TEMPAT letak kereta terbuka di hadapan Terminal 1 (T1) Lapangan Terbang Changi akan ditutup pada 12 November ini bermula 2 pagi.

Ini bagi membolehkan kerja peluasan T1 dan Project Jewel - sebuah kompleks komersial, riadah dan operasi lapangan terbang - dimulakan.

Sebuah tempat letak kereta bawah tanah setinggi lima tingkat akan menggantikan tempat letak kereta sedia ada sekarang setelah kerja pembinaan selesai pada 2018.

Sementara itu, pengguna T1 boleh ke tempat letak kereta berhampiran di Terminal 2 (T2) - yang akan dinamakan semula sebagai Tempat Letak Kereta T1. Pada masa yang sama, tempat turun dan naik penumpang di T1 akan ditempatkan di luar Dewan Ketibaan terminal itu.

Pemandu kenderaan menuju ke T1 untuk menghantar atau mengambil penumpang boleh meneruskan perjalanan ke Dewan Berangkat T2, tempat mereka boleh menggunakan Skytrain atau menaiki perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke T1 di sebelah kedai Krispy Kreme, menurut Changi Airport Group (CAG) dalam satu kenyataan, semalam.

CAG menambah kakitangannya akan dikerah untuk membantu penumpang yang terjejas oleh penutupan tempat letak kereta itu.

Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan melungsuri laman changiairport.com/T1carparkchanges.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg