Tempias durian runtuh turut dirasai pemilik flat sekitar Queenstown
Premium
Tempias durian runtuh turut dirasai pemilik flat sekitar Queenstown
Estet matang, pelbagai kemudahan dan lokasi dekat pusat bandar tingkatkan permintaan dan harga flat, kata ejen rumah
Jun 24, 2018 | 5:30 AM
LOKASI DEKAT DENGAN BANDAR DAN ORCHARD ROAD: Harga flat berusia antara lima dengan lebih 20 tahun di Queenstown, terus meningkat kerana lokasi dan tidak begitu padat dengan penduduk berbanding dengan estet-estet perumahan lain. -
ENCIK Mohamed Ameen sanggup turun naik ke sebuah flat setiap kali bakal pembeli melahirkan hasrat untuk melihat apartmen eksekutif (EA) itu di Blok 148 Mei Ling Street, yang beliau pasarkan dengan tawaran harga $1.15 juta awal tahun ini.
Penat lelah melayan 10 bakal pembeli yang datang dan pergi dalam tempoh sebulan akhirnya berbaloi apabila seorang wanita Cina warga Singapura bersetuju membeli flat di Queenstown itu dengan harga $1.08 juta.

