Topik diikuti
Pergi ke BHkuTempoh bagi SafeEntry guna TraceTogether sahaja dilanjut hingga hujung tahun
Nov 5, 2020 | 5:30 AM
Tempoh bagi SafeEntry guna TraceTogether sahaja dilanjut hingga hujung tahun
SINGAPURA akan melanjutkan tarikh akhir bagi penggunaan TraceTogether-only-SafeEntry (SafeEntry menggunakan TraceTogether sahaja) di tempat awam hingga hujung tahun ini, memandangkan lebih banyak masa diperlukan untuk bekalan token TraceTogether (TT) diagihkan ke lebih ramai warga.
Ini bermakna pengunjung ke tempat-tempat seperti pawagam, persembahan secara langsung, acara mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) dan tempat ibadah tertentu boleh masuk menggunakan kad pengenalan mereka hingga hujung tahun.