PEMBELI flat gantian Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di bawah Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers) kini hanya boleh menjual unit mereka lima tahun dari tarikh pengambilan kunci, bermula dengan tapak Sers di Ang Mo Kio.

Sebelum ini, mereka boleh menjual sama ada tujuh tahun dari tarikh pemilihan flat atau lima tahun dari tarikh pengambilan kunci.

Ini bermakna beberapa pemilik dapat menjual unit mereka walaupun sebelum mereka baru menetap di rumah mereka itu selama lima tahun.

Menurut laman HDB, kriteria baru itu akan dikuatkuasakan bagi tapak Sers yang diumumkan pada atau selepas 7 April, tarikh empat blok Ang Mo Kio HDB dipilih untuk Sers.

Perubahan kriteria Tempoh Penginapan Minimum (MOP) bermakna pemilik flat gantian Sers tertakluk kepada MOP lima tahun yang sama seperti mereka yang membeli flat daripada HDB dan pasaran jualan semula.

MOP ialah tempoh masa pemilik dikehendaki tinggal di flat mereka sebelum mereka boleh menjual di pasaran terbuka.

MOP yang disemak itu dibuat selepas flat gantian lima bilik - untuk projek Sers di Redhill Close pada 2011 - di Blok 96A Henderson Road dijual dengan rekod $1.4 juta bulan lalu.

Ia mempunyai sekitar 96 tahun dan satu bulan lagi untuk pajakan 99 tahun.

Akhbar The Straits Times (ST) telah menghubungi HDB untuk mendapatkan komen.