Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tempoh tunggu percuma di tempat letak kereta HDB, URA dikurang kepada 15 minit

Aug 23, 2022 | 5:30 AM
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN
DISERANG: Pegawai keselamatan, Encik Afinde, diserang di bahagian kepala dan belakang di dalam lif sebuah kondominium di kawasan barat pulau ini. - FACEBOOK KESATUAN PEKERJA KESELAMATAN -

TEMPOH menunggu di tempat meletak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dikurangkan dari 20 minit kepada 15 minit sebelum bayaran dikenakan kepada pemandu yang berada di tempat meletak kereta itu.

Ini akan bermula 1 September di semua tempat meletak kereta HDB dan URA yang mempunyai Sistem Letak Kenderaan Elektronik (EPS).

Sebelum April 2020, pemandu diberikan tempoh 10 minit di tempat letak kereta sebelum dikenakan bayaran.

Namun sejak tempoh pemutus litar akibat pandemik, tempoh tersebut dipanjangkan ke 20 minit.

Ini adalah untuk menyokong pemandu dan penunggang penghantaran makanan, barang dapur atau keperluan harian yang penting bagi penduduk yang tidak keluar rumah bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

Menyusuli kelonggaran sekatan peraturan Covid-19 pada 26 April lalu, HDB dan URA telah menyemak semula tempoh yang diberikan kepada pemandu sebelum dikenakan bayaran.

Mengulas mengenai semakan tempoh tersebut, HDB berkata:

"Rekod kami menunjukkan bahawa tempoh selama 15 minit secara amnya mencukupi sebelum dikenakan bayaran, walaupun dengan peningkatan penghantaran.

"Tempoh 15 minit ini memastikan pemandu masih mempunyai jangka masa yang selesa dan mencukupi untuk mencari raung kosong di tempat letak kereta dan melaksanakan tugas pengambilan serta penghantaran.

"Pemandu yang melebihi tempoh tersebut akan dikenakan bayaran penuh, termasuk tempoh 15 minit pertama."

Selain itu, HDB juga akan berhenti menjual kupon kereta di semua cawangannya bermula 19 September ini.

Pemandu boleh terus membelinya dari stesen minyak ataupun di cawangan-cawangan 7-Eleven dan Cheers.

Bagi sesiapa yang ingin bayaran kembali untuk kupon meletak kereta yang belum digunakan atau yang telah tamat tempohnya, sila ke cawangan HDB untuk melakukan demikian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg