Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Temui watak animasi, lihat karya seni pada cuti sekolah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Temui watak animasi, lihat karya seni pada cuti sekolah

Dec 18, 2023 | 04:56 PM



Krismas Universal di Universal Studios Singapura

Santa telah menubuhkan Ibu Pejabat Kutub Utara di zon New York di Universal Studios Singapura (USS).

Mengalami semangat percutian di USS hingga 1 Januari dan temui watak animasi seperti Kevin, Staurt dan Bob daripada cerita Minions.


Turut menyertai mereka adalah Po dan Master Tigress daripada francais, Kung Fu Panda (2008 hingga kini), dan penguin daripada filem, Madagascar (2005 hingga 2022).


Pada 7.30 malam setiap hari, tonton persembahan W.I.S.H (Worldwide Institute of Santa’s Helpers) satu persembahan muzik selama 25 minit.

Gingerbread Man daripada filem DreamWorks, Shrek juga akan membuat penampilan istimewa.


Datang awal dan anak anda mungkin terpilih untuk menerima hadiah misteri daripada Santa di atas pentas.

Di zon Hollywood, lihat Poppy dan Branch dari Trolls (2016 hingga kini) dalam persembahan baru mereka selama 20 minit dan sesi bertemu mereka, Trolls Tree Trimming Party.


Rujuk kepada aplikasi USS untuk waktu tayangan masing-masing.

Tiket bagi kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun berharga $71 dan disertakan dengan baucar runcit $5.

Pakej dewasa berharga $98 termasuk hidangan utama bertemakan Krismas dan minuman yang boleh ditebus di restoran terpilih.

Lungsuri laman web, rwsentosa.com/universalchristmas2023 untuk butiran lanjut.


S.E.A. Aquarium
bekerjasama dengan
Superhero Me

Apabila anda melihat ikan depu (Lionfish) merah, yang dikenali dengan jalur coklat dan putih di kepala dan badannya, adakah ia mengingatkan anda tentang gula-gula tebu?

Gambaran ini mungkin akan mudah diingat selepas melihat pameran karya seni, A Chirstmas Oddysea, yang akan dipamerkan hingga 7 Januari di S.E.A Akuarium.


Karya itu telah dihasilkan oleh lima artis tempatan daripada Superhero Me, pergerakan seni inklusif dan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan berbeza.

Kanak-kanak itu merupakan pelajar dari Pusat Rainbow, pengendali sekolah pendidikan khas.

Mok Yuin Peng, seorang ilustrator dan juruanimasi, berganding dengan Yap Zhao Hang, berusia 13 tahun, yang menghidap autisme, untuk menghasilkan karya mereka, The Kelp Forest Parade dan Candy Cane Celebration yang diilhamkan oleh ikan depu dan ikan batu.

Ahli terapi seni Lee Wan Xiang dan Harshina D’Silva Terrace, berusia 16 tahun, menghasilkan Hey,Who Took All The Fairy Lights, berdasarkan ikan wrasses berwarna-warni.


Tiket ke Akuarium S.E.A berharga $40 bagi orang dewasa dan $30 bagi kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Beli tiket anda dalam talian sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh lawatan.

Sila ke laman web, rwsentosa.com/christmasoddysea2023 untuk maklumat lanjut.


Permainan rangsang
minda di Hands

Jika anda buntu tentang hadiah Krismas untuk kanak-kanak, mainan dan teka-teki darjah kecerdasan otak (IQ) mungkin idea yang baik.

Lebih-lebih lagi jika mereka kagum dengan permainan merangsangkan otak yang dipaparkan dalam siri realiti Netflix yang terkenal, The Devil’s Plan (2023).


Kedai gaya hidup Jepun, Hands, dikenali sebagai Tokyu Hands sebelum ini, membawa jenama permainan terkenal, Hanayama, yang mencabar anda untuk memisahkan kepingan yang terkunci.

Terdapat juga siri Brain-Block, teka-teki kotak (dari $15.80) oleh Tenyo untuk merangsang otak pemain.

Kepingan plastik kotak itu tidak mudah untuk disatukan semula sebaik sahaja anda mengeluarkannya dari kotak.

Semua permainan itu, tersedia dalam pelbagai tahap kesukaran, disarankan untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas serta untuk orang dewasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >