Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tender projek IT pemerintah tahun ini capai jumlah rekod $2.82b

May 23, 2016 | 11:28 AM
Pelajar Sekolah Rendah Wellington seronok melihat sebuah robot menari ala Gaya Gangnam dalam Makmal Bergerak, iaitu sebuah bas yang dipasang dipenuhi dengan komputer dan robot. Projek IT pemerintah tahun ini termasuk perluasan liputan Wi-Fi ke lebih banyak kawasan di sekolah bagi menyokong pembelajaran pintar.
Pelajar Sekolah Rendah Wellington seronok melihat sebuah robot menari ala Gaya Gangnam dalam Makmal Bergerak, iaitu sebuah bas yang dipasang dipenuhi dengan komputer dan robot. Projek IT pemerintah tahun ini termasuk perluasan liputan Wi-Fi ke lebih banyak kawasan di sekolah bagi menyokong pembelajaran pintar. - GAMBAR FAIL ST

KEPERLUAN mendapatkan banyak sistem bagi menjadi hos data warga dan rangkaian sensor bagi projek-projek negara pintar membuat belanjawan tektologi maklumat (IT) tahun ini mencapai rekod baru $2.82 bilion.

Barangan besar tahun kewangan ini termasuk tender pukal bagi perkhidmatan keselamatan IT, perkhidmatan pusat data dan perluasan liputan Wi-Fi ke lebih banyak kawasan di sekolah pemerintah bagi menyokong pembelajaran pintar.

Pelaksanaan projek-projek itu akan mengambil masa tiga hingga lima tahun.

Belanjawan tahun ini melebihi jumlah nilai kontrak yang dianugerahkan tahun lalu, $2.69 bilion, yang lebih separuh daripadanya diberi kepada syarikat kecil dan sederhana.

Tahun kewangan pemerintah bermula pada April.

Pengarah Urusan Penguasa Pembangunan Infokom Singapura (IDA), Cik Jacqueline Poh, berkata dalam satu taklimat bersama industri infokom pada pagi Isnin (23 Mei): "Pelaburan dalam infrastruktur perlu supaya perkhidmatan berpusat penduduk yang inovatif boleh dibangunkan dan dipertingkat pada asas kukuh."

Tender tahun ini akan termasuk daripada Kementerian Kesihatan bagi rombakan sistem pengurusan wabak penyakit dan pusat data baru.

Yang pertama ialah bagi pemantauan lebih baik dan respons lebih cepat terhadap wabak penyakit, yang akan bernilai lebih $5 juta.

Tender bagi pusat data baru itu pula dianggar bernilai lebih $50 juta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg