Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera FPDA sertai Latihan Bersama Lima 2024

Oct 14, 2024 | 7:06 PM
Panglima Pasukan Pertahanan Singapura (CDF), Laksamana Madya Aaron Beng (tiga dari kiri), semasa majlis perasmian Latihan Bersama Lima 2024 (XBL24). Turut hadir adalah wakil negara Aturan Pertahanan Lima Negara (FDPA) (dari kiri) Kapten Kumpulan, Encik Adam Spinks dari Australia; Jeneral CDF Malaysia Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman; Laksamana Muda dari United Kingdom, Andrew Betton; Kapten Shauna Graham dari New Zealand, dan Naib Marshal Nathan Christie dari Australia.
Panglima Pasukan Pertahanan Singapura (CDF), Laksamana Madya Aaron Beng (tiga dari kiri), semasa majlis perasmian Latihan Bersama Lima 2024 (XBL24). Turut hadir adalah wakil negara Aturan Pertahanan Lima Negara (FDPA) (dari kiri) Kapten Kumpulan, Encik Adam Spinks dari Australia; Jeneral CDF Malaysia Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman; Laksamana Muda dari United Kingdom, Andrew Betton; Kapten Shauna Graham dari New Zealand, dan Naib Marshal Nathan Christie dari Australia. - Foto MINDEF

Lebih 2,000 tentera, 38 pesawat, lima kapal dan empat sistem pertahanan udara berasaskan darat terlibat dalam Latihan Bersama Lima 2024 (XBL24) antara 1 dengan 18 Oktober, yang merupakan latihan Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) melibatkan aset dan kakitangan dari Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom. 

Turut terlibat dalam latihan itu adalah 250 tentera darat dan empat pasukan penyelam, jelas kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 14 Oktober.

Singapura menjadi tuan rumah bagi XBL24 dengan latihan dipimpin Angkatan Laut Republik Singapura (RSN).

Upacara pembukaan latihan itu telah dirasmikan Panglima Pasukan Pertahanan (CDF) Singapura, Laksamana Madya Aaron Beng, bersama Jeneral CDF Malaysia, Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, serta wakil dari negara FPDA lain yang hadir untuk menyaksikan majlis tersebut.

Aset tentera laut menjalankan pertunjukan seperti latihan olah gerak, tembakan senjata tentera laut, latihan pertahanan udara, dan pertunjukan selam.

Tentera Udara pula menjalankan operasi udara gabungan, senario pertahanan udara yang kompleks, dan latihan Udara-Darat dalam bentuk misi angkatan tentera. 

Tentera darat pula menjalankan pertukaran profesional dan latihan penyepaduan pasukan. Acara kemuncaknya adalah latihan lapangan melibatkan persekitaran hutan dan bandar.

XBL24 menyaksikan penyertaan perdana pesawat pejuang generasi kelima, seperti F-35A dari Australia, dan pesawat rondaan maritim P-8A dari New Zealand, yang menambah tahap kerumitan serta meningkatkan nilai keseluruhan latihan tersebut.

Latihan itu direka berdasarkan panduan oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan FPDA yang diadakan di Singapura pada Mei.

XBL24 juga menyelaras senario latihan antara pos komand, serta pelbagai unit dan latihan lapangan untuk mempertingkatkan realisme operasi tersebut.

Sejajar dengan perkembangan dalam keselamatan kontemporari, latihan itu turut mengadakan perkongsian pakar yang membincangkan pelbagai topik – termasuk keselamatan penyelaman, bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana, dan pesawat tanpa pemandu.

Menekankan kepentingan latihan tersebut, Pengarah Latihan, Komander Armada RSN, Laksamana Muda Kwan Hon Chuong, berkata:

“Latihan Bersama Lima 2024 telah direka untuk memperdalam perkongsian dan kebolehan beroperasi bersama yang kukuh dalam kalangan tentera kita.

“Saya yakin semua peserta akan mendapat nilai profesional yang tinggi, dan menjalin persahabatan melalui latihan itu.”

FDPA ditubuhkan pada 1971, dan tahun demi tahun, ia telah berkembang dan disesuaikan mengikut perubahan landskap keselamatan serantau.

Penyertaan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam latihan FDPA, termasuk Latihan Suman Warrior dan Latihan Bersama Shield, berharga kerana ia menggalakkan kerjasama dan persefahaman bersama antara SAF dengan tentera lain dari negara anggota.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg