Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera SAF mati selepas latihan di Kem Kranji

Feb 26, 2021 | 9:02 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

SEORANG tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meninggal dunia pada Jumaat (26 Februari) selepas tamat latihan fizikal di Kem Kranji.

Dalam satu kenyataannya, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, lelaki 39 tahun itu terasa kurang sihat selepas latihan dan dihantar ke Pusat Perubatan Kem Kranji pada 8.30 pagi.

Beliau berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada 8.50 pagi.

Namun, beliau mengalami serangan jantung dalam perjalanan ke NUH dengan usaha memberinya pernafasan kecemasan dilakukan segera.

Ambulans tiba di NUH pada 9.10 pagi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 10.58 pagi.

Mindef dan SAF menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga tentera ini sambil menambah, SAF sedang membantu keluarganya dalam tempoh bersedih ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg