Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tentera S'pura, Indonesia jaya jalankan latihan Safkar Indopura edisi ke-34 di Jawa Barat

Oct 15, 2022 | 6:35 PM
Askar SAF maju ke ke objektif mereka selepas turun daripada kenderaan berperisai. - Mindef
Askar SAF maju ke ke objektif mereka selepas turun daripada kenderaan berperisai. - Mindef -

TENTERA Singapura dan Indonesia telah berjaya menjalankan Latihan Safkar Indopura (XSI) edisi ke-34 yang berlangsung mulai 8 Oktober lalu di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.

Ketua Tentera SAF, Mejar-Jeneral (MG) David Neo dan Ketua Staf TNI-AD (KASAD) Jeneral Dudung Abdurachman bersama-sama merasmikan majlis penutupan latihan dua hala itu awal Sabtu (15 Okt), menurut satu kenyataan Kementerian Pertahanan. Latihan tahun ini melibatkan lebih 130 askar dari Singapura dan 140 askar Indonesia. Antara lain, latihan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak tentera untuk mengukuhkan persefahaman bersama dan memperdalam ikatan sesama anggota tentera melalui pertukaran profesional dalam operasi bandar dan proses perancangan. Latihan diakhiri dengan latihan perancangan gabungan briged dan satu latihan peringkat batalion di Kawasan Latihan Dawuan. Kali pertama dijalankan pada 1989, Latihan Safkar Indopura menggariskan hubungan pertahanan yang erat dan lama antara Singapura dengan Indonesia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg