Premium
Teratur masuk masjid guna TraceTogether
10 masjid semalam rintis usaha tambah jemaah solat Jumaat hingga 450 orang, guna token atau aplikasi jejak kontak TraceTogether
Nov 14, 2020 | 5:30 AM
JEJAK KONTAK: Jemaah di Masjid Maarof semalam mendaftar masuk untuk solat Jumaat menggunakan sama ada token atau aplikasi di telefon bimbit jejak kontak TraceTogether. Mereka tidak boleh menggunakan aplikasi SafeEntry atau kad pengenalan. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
BUAT kali pertama sejak jumlah jemaah solat Jumaat di sini dihadkan dek Covid-19, jemaah di 10 masjid semalam dikehendaki menggunakan token jejak kontak TraceTogether atau aplikasinya di telefon bimbit mereka sebelum dibenarkan masuk.
Mereka tidak boleh menggunakan aplikasi SafeEntry atau kad pengenalan seperti minggu-minggu lalu.

