Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terima 1,000 tempahan Aidiladha selepas buka restoran

Jul 20, 2021 | 5:30 AM
CARI ALTERNATIF: Encik Jamaludin yang menjual nasi beriani dan pernah menawarkan khidmat katering majlis perkahwinan sebelum Covid-19, kini membuka restoran di Changi Village bagi merancakkan perniagaannya di tengah pandemik. - Foto ihsan JAMALUDIN ABDUL LATTIF
CARI ALTERNATIF: Encik Jamaludin yang menjual nasi beriani dan pernah menawarkan khidmat katering majlis perkahwinan sebelum Covid-19, kini membuka restoran di Changi Village bagi merancakkan perniagaannya di tengah pandemik. - Foto ihsan JAMALUDIN ABDUL LATTIF -

SETELAH lebih enam bulan mengharungi suasana perniagaan yang sepi tanpa keriuhan pelanggan akibat pandemik, Encik Jamaludin Abdul Lattif mendapati keadaan bertukar apabila menerima 1,000 tempahan bagi Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Semasa perintah sekatan pergerakan, kegiatan sosial termasuk majlis keramaian tidak dibenarkan menyebabkan pengusaha sajian perkahwinan dan katering terpaksa mencari alternatif bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Setelah enam bulan tanpa niaga, Encik Jamaludin memutuskan untuk membuka restoran Cahaya Timur Briyani House di Changi Village.

Sebelum ini beliau mempunyai dapur pusat untuk memasak di kawasan utara Singapura dan perlu membayar $7,500 sewa.

"Saya tidak mampu bertahan dan membuka restoran ini di Changi Village untuk kelangsungan hidup.

"Syukur saya mempunyai ramai kenalan, pengikut dan mereka menyokong perniagaan saya di Changi Village ini.

"Ramai yang kenali saya mahu saya membuka restoran apabila khidmat katering dan perkahwinan tidak dapat dijalankan lagi.''

Walaupun tiada majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidiladha, beliau masih menerima banyak tempahan.

"Saya hadkan kepada 1,000 tempahan untuk pastikan saya mampu memasak dan membuat penghantaran kepada pelanggan saya,''

Beliau menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan untuk memberikan kelebihan dalam perniagaannya di samping restoran yang ada.

"Majlis kahwin kecil-kecil masih ada tetapi ini tidak cukup menampung perniagaan saya,'' kata Encik Jamaludin.

Encik Jamaludin terlibat dalam penjualan nasi beriani sejak 1985 dan berkecimpung dalam perniagaan katering memasak beriani, terutama dalam menyediakan makanan bagi majlis-majlis perkahwinan.

Beliau sejak kecil telah belajar memasak daripada arwah bapanya dan membantu kerja-kerja masakan bagi perkahwinan.

Sebelum ini ia terkenal dengan beberapa perkhidmatan dan hidangan khusus seperti beriani dam dan 'live station' pencuci mulut.

Menurut Encik Jamaludin, semasa tempoh pemutus litar beliau banyak kehilangan pendapatan dan walau telah beralih dalam talian secara kecil-kecilan, ia masih tidak mampu bertahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg