Topik diikuti
Pergi ke BHkuTerima kasih atas titik peluh anda, Bhaiya...
Aug 26, 2019 | 5:30 AM
Terima kasih atas titik peluh anda, Bhaiya...
FORUM Belia Islam (MYF) meraikan Hari Kebangsaan tahun ini dengan satu acara penuh makna untuk menghargai golongan yang telah berhempas pulas membina Singapura - pekerja asing.
Pertubuhan itu semalam menyediakan jamuan beriani untuk sekitar 1,000 orang di Masjid Al-Firdaus, yang terletak berdekatan asrama pekerja di Choa Chu Kang.