Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terima kasih, tidak kira berapa jumlahnya!

Jul 25, 2021 | 5:30 AM
RINGANKAN BEBAN: Encik Noorham (kiri), berkata bantuan itu mengurangkan kos dan kerugiannya.
RINGANKAN BEBAN: Encik Noorham (kiri), berkata bantuan itu mengurangkan kos dan kerugiannya. -

WANG tunai sekali sebanyak $500 yang diberikan di bawah Dana Bantuan Bagi Pemilik Gerai di Pasar dan Pusat Penjaja akan membantu pemilik gerai penjaja TAKDeNAMA mengurangkan kos dan kerugian.

"Ini adalah inisiatif yang baik dari pemerintah untuk mengurangkan kesan kerugian ke atas penjaja yang mengalami kemerosotan perniagaan," jelas penjaja di Pasar dan Pusat Penjaja Geylang Serai, Encik Mohammad Noorham Noordin, 45 tahun.

Pemerintah memperkenalkan dana itu sebagai sebahagian dari Pakej $1.1 bilion bagi membantu peniaga dan pekerja yang terjejas dengan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).

Ia akan diagihkan kepada semua pegerai di pusat-pusat kendalian Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) atau pengendali yang dilantik.

Encik Noorham mengongsi bahawa jumlah $500 itu adalah perbelanjaan bahan-bahan jualan untuk sehari.

"Saya masih berterima kasih walaupun apa jumlahnya kerana ia tetap dapat membantu kos perbelanjaan saya," katanya.

Sebelum ini, pemerintah telah mengumumkan pada 16 Julai bahawa pegerai di pusat penjaja dan pasar yang diuruskan oleh pengendali yang dilantik NEA akan menerima subsidi bagi sebulan bagi khidmat pembersihan meja dan mencuci pinggan mangkuk, serta pengecualian sewa gerai selama sebulan.

"Bantuan ini penting, terutama untuk pasar dan pusat penjaja yang disebut dalam berita beberapa hari yang lalu.

"Pelanggan lebih cenderung elak mengunjungi tempat yang disebutkan itu kerana takut dijangkiti Covid-19.

"Penjaja menghadapi kesukaran terus berniaga dengan hanya menerima beberapa pelanggan setiap hari. Dengan bantuan dana ini, penjaja dapat menjalankan perniagaan mereka dan mendapatkan perbelanjaan harian mereka untuk bahan mentah," kata Encik Noorham lagi.

Gerainya juga ditutup kelmarin dan telah dibuka semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg