Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Terima rasuah $4,320: Pekerja FairPrice dipenjara 5 minggu

May 20, 2023 | 5:30 AM
TERTUDUH: Chua Teow Hym mengaku salah atas tuduhan menerima rasuah daripada dua pembekal makanan laut rangkaian pasaraya FairPrice, demi kepentingan perniagaan mereka. - Foto ST
TERTUDUH: Chua Teow Hym mengaku salah atas tuduhan menerima rasuah daripada dua pembekal makanan laut rangkaian pasaraya FairPrice, demi kepentingan perniagaan mereka. - Foto ST -

SEORANG penjaga stor FairPrice menerima rasuah berjumlah $4,320 daripada dua wakil pembekal makanan laut demi memajukan kepentingan perniagaan mereka dengan rangkaian pasar raya tersebut.

Dalam usaha menghapuskan jejaknya, Chua Teow Hym kemudian memadam perbualan WhatsAppnya dengan salah seorang wakil tersebut selepas lelaki itu, yang ketika itu sedang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), menasihatinya berbuat demikian.

Daripada jumlah yang diterima sebagai rasuah, Chua telah pulangkan $500 kepada salah seorang yang didakwa rakan sejenayahnya, lapor The Straits Times.

Chua, 61 tahun, yang bekerja sebagai penjaga stor FairPrice dari 2009 hingga sekitar November 2021, dijatuhi hukuman penjara lima minggu dan didenda $2,000 pada Jumaat.

Dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan rasuah melibatkan $3,600 dan satu pertuduhan menghalang keadilan.

Lima pertuduhan lain melibatkan jumlah baki rasuah yang diterima dipertimbangkan semasa hukuman.

Chua juga diarah membayar penalti $3,820 yang merupakan jumlah rasuah yang diterima tolak jumlah wang yang dikembalikan iaitu $500.

Pihak pendakwaan berkata bahawa Chua menerima rasuah daripada Lim Wei Jian, 33 tahun; Ng Keng Meng, 58 tahun; dan Lim Poh Heng, 70 tahun.

Kes terhadap ketiga-tiga mereka masih belum selesai.

Lim Wei Jian dan Lim Poh Heng merupakan pasangan anak dan bapa.

Ketika melakukan kesalahan tersebut, Lim Poh Heng merupakan rakan kongsi di Kiang Huat Sea Products Co sementara anaknya pula pengurus syarikat tersebut.

Ng pula merupakan rakan kongsi di Nam Soon Sin Kee & Co ketika itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg