SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Terminal bas baru Bt Panjang dibuka mulai 23 Jan

Terminal bas baru Bt Panjang dibuka mulai 23 Jan

Jan 5, 2021 | 5:30 AM

Terminal bas baru Bt Panjang dibuka mulai 23 Jan

- Foto FACEBOOK LTA
- Foto FACEBOOK LTA -

TERMINAL bas baru di Bukit Panjang akan dibuka mulai 23 Januari, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.

Terminal Bas Gali Batu, yang terletak di Woodlands Road, menggantikan dataran bas sementara Bukit Panjang, kata LTA menerusi Facebook.

Dengan pembukaan terminal baru itu, perkhidmatan 75 dan 184 akan diperluas untuk menampung lebih ramai penumpang dengan empat perhentian bas - dua bagi setiap laluan bertentangan - akan disediakan di Woodlands Road.

Perkhidmatan 974 akan beroperasi di pusat bandar Bukit Panjang. Ia akan melangkau perhentian bas di Upper Bukit Timah Road tetapi penumpang boleh turun atau naik bas di perhentian bas di luar stesen Bukit Panjang Exit A.

Terminal bas itu dibina di atas bumbung depot MRT Gali Batu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg