Walau terpaksa tutup kedai fizikalnya sebelum pemutus litar, peniaga tidak duduk diam, sebaliknya teroka pelbagai peluang lain bagi mata pencarian keluarga
ENGGAN PUTUS ASA: Walaupun kesan Covid-19 terhadap perniagaannya agak mendalam, Cik Haslinah enggan 'serah diri' dan terus bertungkus-lumus menguruskan The Original Pisang Keju sendirian. Selain itu, beliau turut bekerja keras mencari rezeki tambahan sebagai pelelong atau 'auctioneer' di wadah FB Live. - Foto BARANG BAIK BRO / FACEBOOK -
JATUH TAPI BANGUN SEMULA: The Original Pisang Keju milik Cik Haslinah tidak lagi mempunyai kedai fizikal buat masa kini. Kedai yang terletak di East Coast Lagoon sebelum ini telah ditutup sebelum langkah CB dimulakan. - Foto fail -
-

APABILA perniagaannya terjejas teruk dek Covid-19, Cik Haslinah Hashim terpaksa memerah otak, memikirkan cara terbaik untuk menyelamatkan mata pencariannya.
Penjualan kedainya - The Original Pisang Keju - jatuh 60 peratus sejak langkah pemutus rantaian jangkitan (CB) dikuat kuasa sekitar Mac lalu, memandangkan kurangnya peluang untuk beliau berniaga seperti di pasar malam dan festival.