Topik diikuti
Pergi ke BHkuTeruskan amalkan langkah berjaga-jaga demi keselamatan

Teruskan amalkan langkah berjaga-jaga demi keselamatan
MEREKA yang mengunjungi ibu bapa mahupun datuk nenek tersayang setelah tempoh pemutus litar ini dinasihati agar terus mengamalkan langkah berjaga-jaga.
Ini kerana sekiranya warga emas dijangkiti Covid-19, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mengatasinya memandangkan daya tahanan mereka lebih lemah, kata Presiden Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Dr Zuraimi Mohamed Dahlan.
