Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Teruskan legasi intelektual juga penting tidak sekadar mewarisi budaya dan warisan

Oct 31, 2021 | 5:30 AM
SIRI CENDEKIAWAN LESTARI: Dr Norshahril Saat (kanan) menyampaikan cenderahati sebagai penghargaan kepada Cikgu Maarof Salleh yang menyampaikan ceramahnya berkaitan identiti Melayu Singapura baru-baru ini. sebahagian daripada 'Siri Cendekiawan Lestari' anjuran MHF demi merakamkan pandangan tokoh dan ilmuwan masyarakat setempat. - Foto MHF
SIRI CENDEKIAWAN LESTARI: Dr Norshahril Saat (kanan) menyampaikan cenderahati sebagai penghargaan kepada Cikgu Maarof Salleh yang menyampaikan ceramahnya berkaitan identiti Melayu Singapura baru-baru ini. sebahagian daripada 'Siri Cendekiawan Lestari' anjuran MHF demi merakamkan pandangan tokoh dan ilmuwan masyarakat setempat. - Foto MHF -

WARISAN dan budaya bukan hanya sesuatu perkara yang disampaikan dari generasi sebelum ke generasi sekarang, tetapi ia juga berkenaan cara mencorak pemikiran seterusnya.

Justeru, usaha untuk meneruskan legasi intelek juga penting, kata ahli akademi, Dr Norshahril Saat, yang juga pengerusi Yayasan Warisan Melayu (MHF) sejak 2018.

Bersama naib pengerusi Cik Rahayu Buang dan Dr Azhar Ibrahim, pasukan sukarelawan itu cuba memastikan mandat sebagai badan kajian dan dokumentasi diteruskan.

"Walaupun proses penerbitan ini mencabar, kerana kami bukan badan mencari untung, kami cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.

"Kami juga sedar bahawa di luar sana ada banyak badan-badan Melayu yang menyentuh pelbagai aspek masyarakat, justeru kami rasa MHF perlu melakukan sesuatu untuk meneruskan legasi intelektual.

"Warisan dan budaya bukan hanya sesuatu perkara yang disampaikan generasi sebelum ke generasi sekarang, tetapi bagaimana kita mencorak pemikiran seterusnya," ujar Dr Norshahril.

Baru-baru ini, MHF melancarkan 'Siri Cendekiawan Lestari' (CLS) demi merakamkan pandangan tokoh dan ilmuwan masyarakat setempat, 'Siri Sembang Ilmu' untuk golongan belia berwacana, dan 'Wacana Warisan', siri kuliah dalam talian berkenaan isu-isu sosial.

Masih terlalu awal untuk dilihat kesan daripada inisiatif ini, kata Dr Norshahril, tetapi ada rancangan untuk membariskan siri kedua CLS dan 'Wacana Warisan' tahun depan.

Selain itu, MHF baru-baru ini telah memperkenalkan anugerah untuk mengiktiraf sumbangan budayawan setempat.

"Kami juga mahu menampilkan budayawan yang kurang diberi perhatian, dan juga aktivis belia.

"Dua anugerah ini adalah 'Hadiah Warisan' dan 'Tunas Warisan', dan ini akan disampaikan pada 'Hari Warisan' November nanti," ujar Dr Norshahril.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg