Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tesla siarkan iklan pekerjaan di S'pura

Sep 22, 2020 | 4:56 PM
Tesla sedang mencari pembangun kanan di Singapura, menurut beberapa pos iklan pekerjaan yang disiarkan di laman LinkedIn. - FOTO: AFP
Tesla sedang mencari pembangun kanan di Singapura, menurut beberapa pos iklan pekerjaan yang disiarkan di laman LinkedIn. - FOTO: AFP -

TESLA telah menyiarkan beberapa iklan pekerjaan baru untuk beberapa jawatan di Singapura - satu langkah yang menandakan firma yang menghasilkan kenderaan elektrik milik usahawan Elon Musk itu sedang membuat persiapan untuk menubuhkan cawangan di sini. Ini walaupun sebelum ini syarikat tersebut telah mengelakkan diri daripada berbuat demikian.

Pembuat kenderaan elektrik itu sedang mencari pembangun kanan di Singapura, menurut beberapa pos iklan pekerjaan yang disiarkan di laman LinkedIn. Namun ia tidak mendedahkan berapa orang yang ingin diambil bekerja.

Julai lalu, Tesla telah mula mengiklankan jawatan seperti pemimpin cawangan dan penasihat penjualan di Singapura.

Tinjauan Berita Harian (BH) pada Selasa (22 Sep) di wadah LinkedIn mendapati lapan jenis jawatan yang ditawar firma itu iaitu; spesialis pengendalian kenderaan, spesialis persiapan kenderaan, spesialis sokongan bagi pelanggan, penasihat bahan (kenderaan), penasihat perkhidmatan, penasihat penjualan, teknisyen perkhidmatan kenderaan dan pemimpin cawangan.

Bagaimanapun wakil Tesla di Beijing enggan mengulas. - Agensi Berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg