Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tg Katong Complex ditutup, jalani peningkatan mulai Ogos 2023; ciri warisan Melayu dikekal

Dec 9, 2021 | 5:30 AM
LEBIH SEGAR: Gambaran artis menunjukkan bangunan TKC selepas dibaik pulih yang bakal menyaksikan lebih banyak ruang F&B di atas bumbung di samping ruang menjalankan program masyarakat. - Foto SLA
LEBIH SEGAR: Gambaran artis menunjukkan bangunan TKC selepas dibaik pulih yang bakal menyaksikan lebih banyak ruang F&B di atas bumbung di samping ruang menjalankan program masyarakat. - Foto SLA -

BANGUNAN beli-belah yang dekat dengan hati masyarakat Melayu/Islam, Tanjong Katong Complex (TKC), akan ditutup bagi menjalani kerja-kerja baik pulih yang besar bermula Ogos 2023 demi memberi kesegaran dan merancakkan tempat itu.

Namun, identiti tempat itu sebagai pusat dagangan yang kaya dengan nilai warisan budaya Melayu akan tetap dikekalkan.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah, berkata kerja-kerja baik pulih itu akan bermula dari Ogos 2023 dan dijangka berakhir menjelang Julai 2026.

Selepas menjalani kerja-kerja baik pulih, pengunjung boleh menjangkakan antara lain ruang makanan dan minuman (F&B) di atas bumbung dan ruang bagi menjalankan program-program masyarakat, menurut kenyataan SLA semalam.

Semasa menjalani kerja-kerja baik pulih, TKC akan ditutup kepada orang ramai.

Sebanyak 106 penyewa TKC telah diberi lanjutan tempoh sewa sehingga 30 Jun 2023 agar mereka boleh memanfaatkan penjualan Hari Raya Puasa yang dijangka jatuh pada April 2023.

Sepatutnya, tempoh sewa para penyewa itu berakhir menjelang 31 Disember 2022.

Kerja-kerja baik pulih TKC itu merupakan sebahagian dari usaha merombak Geylang Serai sebagai kawasan nadi budaya masyarakat Melayu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan 2018.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg