Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Thaipusam disambut dengan penuh makna di tengah pandemik

Jan 19, 2022 | 5:30 AM
b2f70c32-729c-4e78-86a3-b07bfb3ddd97
-

TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, menjadi tetamu kehormat pada perayaan Thaipusam di Kuil Sri Thendayuthapani di Tank Road pagi semalam.

Beliau menyempurnakan penawaran periuk susu di tempat suci sebelum bercakap kepada kakitangan kuil dan pekerja barisan hadapan serta sukarelawan yang mengawasi langkah pengurusan selamat.

"Saya sempat berbual dengan beberapa penganut, yang berkongsi dengan saya pengalaman mereka semasa wabak ini. Saya juga gembira melihat sukarelawan pelbagai kaum dan agama membantu dalam perayaan itu - cerminan masyarakat berbilang kaum dan budaya kita," kata Encik Heng dalam catatan di Facebook beliau.

Seramai 15,000 penganut dijangka telah melawati kuil itu sepanjang hari, termasuk 7,000 yang akan membawa persembahan periuk susu yang dipanggil 'paal kudams' ke dalam kuil.

Kuil itu menyaksikan kira-kira 10,000 pengunjung tahun lalu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengucapkan selamat hari Thaipusam kepada penganut agama itu menenerusi catatannya di Facebook.

"Sambutan tahun ini sekali lagi akan berbeza disebabkan oleh pandemik, dengan sekatan ditetapkan untuk memastikan keselamatan penganut. Tetapi saya yakin meskipun begitu, perayaan tidak akan menjadi kurang bermakna, dengan penganut membuat penyesuaian untuk menunjukkan pengabdian mereka dengan cara mereka sendiri," tambah Encik Lee. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg