Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tharman lawat masjid abad ke-16 di Kenya

Jun 17, 2018 | 5:30 AM
GAMBAR KENANGAN: Encik Tharman yang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam di Facebooknya mengunjungi masjid abad ke-16, Masjid Al Mandhry di Mombasa, Kenya. - Foto FACEBOOK THARMAN SHANMUGARATNAM
GAMBAR KENANGAN: Encik Tharman yang mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam di Facebooknya mengunjungi masjid abad ke-16, Masjid Al Mandhry di Mombasa, Kenya. - Foto FACEBOOK THARMAN SHANMUGARATNAM -

TIMBALAN Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam menggulung lawatan empat harinya ke Kenya dan Rwanda kelmarin. Beliau ke sana bagi menghadiri mesyuarat bersama pemimpin pemerintah kedua-dua negara itu.

Kunjungan Encik Tharman, yang juga Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Sosial, adalah sebahagian daripada dampingan lebih mendalam Singapura dalam rantau sub-Sahara Afrika yang berkembang.

Semasa berada di Kenya pada Selasa dan Rabu lalu serta kelmarin, Encik Tharman, antara lain menemui Presiden Kenya Uhuru Kenyatta di kediaman rasmi di Mombasa, dan membincangkan cara mendalamkan kerjasama dua hala dalam operasi pelabuhan, penerbangan, teknologi kewangan, pembangunan kemahiran dan rancangan Kenya bagi pembangunan perumahan.

Mereka juga membincangkan isu dalam pembaharuan sektor awam, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.

Pelancaran Pusat Luar Negara Nairobi Enterprise Singapura serta penandatanganan Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali semasa lawatan itu akan membantu mengukuhkan kaitan ekonomi dua hala dan menyokong peningkatan bilangan syarikat Singapura yang berminat dengan Kenya.

Dalam kiriman di Facebook kelmarin, Encik Tharman berkata semasa di Mombasa, beliau berpeluang mengunjungi Masjid Al Mandhry yang dibina pada abad ke-16.

"Mombasa sebahagian besarnya Muslim, dan kebanyakannya Muslim Shafie seperti di Asia Tenggara," tulis Encik Tharman yang turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam melalui kirimannya itu.

Ketika di Rwanda pada 13 dan 14 Jun, Encik Tharman menemui Perdana Menteri Dr Edouard Ngirente dan mengadakan perbincangan bersama beberapa pemimpin utama Rwanda yang lain.

Mereka meneroka bagaimana kedua-dua pihak boleh mendalamkan kerjasama serta bantuan teknikal dalam pelbagai bahagian termasuk pengurusan sektor awam, keselamatan penerbangan, perancangan penggunaan tanah, pengurusan air, pembangunan kemahiran dan pembangunan pasaran kewangan domestik.

Dr Ngirente juga menyampaikan minat Presiden Paul Kagame, yang berada di Russia semasa lawatan Encik Tharman, dalam melanjutkan perkongsian erat Rwanda bersama Singapura.

Encik Tharman dan Dr Ngirente juga menyaksikan penandatanganan Perjanjian Pelaburan Dua Hala dan Perjanjian Khidmat Udara Dua Hala.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg