Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tharman: Penting belajar daripada budaya lain demi perkukuh identiti S’pura

Jul 9, 2023 | 7:01 PM
BERAMAH MESRA: Mantan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam (berbaju batik), bergambar bersama penganut Taoisme di Kuil Zhen Ren Gong ketika mereka menyambut Pesta Budaya Sheng Gong yang meraikan kepelbagaian budaya.
BERAMAH MESRA: Mantan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam (berbaju batik), bergambar bersama penganut Taoisme di Kuil Zhen Ren Gong ketika mereka menyambut Pesta Budaya Sheng Gong yang meraikan kepelbagaian budaya. - Foto ST

Adalah penting untuk menyerap tradisi dan amalan daripada budaya masing-masing untuk mengukuhkan lagi identiti Singapura, kata bakal calon Presiden Singapura, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada Ahad.

Mantan Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial itu berkata demikian di Pesta Budaya Sheng Gong di Kuil Zhen Ren Gong yang terletak di 98T Redhill Close.

Encik Tharman dan isterinya, Cik Jane Shanmugaratnam, adalah tetamu terhormat pada acara itu bagi menyambut ulang tahun kelima Pesta Budaya Sheng Gong.

Apabila Encik Tharman dan isterinya tiba di Kuil Zhen Ren Gong sekitar 4 petang, mereka disambut tarian singa Cina dan sekitar 800 penganut dari tiga mazhab Taoisme yang berbeza.

Menurut penganjur acara itu, kesemua penganut berhimpun di kuil tersebut untuk meraikan kepelbagaian budaya.

Dalam ucapannya, Encik Tharman berkata mereka yang mempunyai kepercayaan paling mendalam dalam budaya mereka sendiri biasanya juga terbuka dan menghormati budaya lain.

“Lihat corak baju batik yang sedang saya pakai sekarang. Dari mana asalnya batik? Ada yang kata ia berasal dari Cina, ada yang kata India atau Indonesia. Tetapi sejarahnya sungguh lama sehingga tidak ada orang yang benar-benar tahu.

“Tetapi apa yang kita tahu adalah budaya batik bagi setiap negara mempengaruhi satu sama lain. Jadi sama seperti batik, kita mesti terbuka dan bersungguh-sungguh untuk mempelajari daripada budaya lain.

“Jika kita menyerap tradisi dan amalan budaya masing-masing, ia tidak akan melemahkan budaya kita sendiri, malah kita akan mempelajari perkara baru dan ini akan membawa kepada satu identiti Singapura yang lebih kukuh,” ujar Encik Tharman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg