Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tharman seorang tokoh berjiwa rakyat: Alami Musa

Aug 24, 2023 | 7:10 PM
MESRA BERSAMA RAKYAT: Encik Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Cik Jane Yumiko Ittogi, beramah mesra dengan orang ramai di pusat tukaran bas Toa Payoh pada Rabu. 
MESRA BERSAMA RAKYAT: Encik Tharman Shanmugaratnam dan isteri, Cik Jane Yumiko Ittogi, beramah mesra dengan orang ramai di pusat tukaran bas Toa Payoh pada Rabu.  - Foto ST

Encik Tharman Shanmugaratnam tidak boleh menjadi seorang pemikir atau intelektual jika beliau tidak bebas, kata Encik Mohammad Alami Musa.

Encik Alami yang merupakan penyokong Encik Tharman bagi Pilihan Raya Presiden 2023 berkata demikian dalam satu video yang dikongsi di TikTok calon presiden itu.

“Beliau seorang pemikir. Belia seorang yang cemerlang. Beliau seorang intelektual awam.

“Rasa hormat orang terhadapnya datang daripada kebebasannya, ideanya, pemikirannya.

“Seseorang tidak boleh menjadi tidak bebas dan pada masa yang sama menjadi pemikir atau intelektual,” kata Encik Alami.

Beliau menambah bahawa Encik Tharman, 66 tahun, yang pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan, mempunyai kepakaran untuk menguruskan masalah yang dihadapi hari ini serta mampu memikirkan masa depan Singapura.

Dalam video tersebut juga, Encik Alami yang merupakan mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), menyentuh tentang kemesraan Encik Tharman dengan orang awam.

Memberi contoh lawatan Encik Tharman ke masjid, Encik Alami berkata:

“Apabila beliau ziarah masjid, warga masjid sangat mesra dengan Encik Tharman dan Encik Tharman orangnya rendah diri, jadi senang untuk berinteraksi, berbual, ketawa, senyum dan sebagainya.

“Kita dapat lihat bahawa Encik Tharman mempunyai sifat yang secocok dengan apa kemahuan rakyat Singapura iaitu Presiden berjiwa rakyat.”

Encik Tharman mengumumkan Encik Alami sebagai penyokongnya pada satu sidang media di York Hotel yang diadakan pada 26 Julai lalu.

Sidang media tersebut diadakan untuk memperkenalkan pencadangnya, penyokong dan lapan orang yang bersetuju berikutan pengumuman hasratnya bertanding bagi jawatan Presiden.

Pencadangnya ialah Encik Thomas Chua yang merupakan presiden Persekutuan Persatuan Puak Cina Singapura dan bekas Anggota Parlimen Dilantik.

Pemberi sokongannya pula adalah Encik Hassan Ahmad, Penasihat Khas, Humanity Matters dan Bekas Ketua Eksekutif Mercy Relief; Encik Ho Kwon Ping, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Banyan Tree Group; Cik Kamsinah Sadar, Pengurus Besar, Tasek Jurong dan Bekas Pengarah Eksekutif, Pertapis; Encik Kim Whye Kee, Pengasas bersama, Beacon of Life dan Beacon of Life Academy dan bekas banduan; Cik Mary Liew, Presiden, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC); Encik Lim Siong Guan, Pengerusi Pengasas Honor (Singapura) dan bekas ketua Perkhidmatan Awam Singapura; Encik Royston Tan, pengarah filem; dan Profesor Veera Sekaran, Profesor dalam Amalan, Universiti Nasional Singapura (NUS).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg