‘Thrifting’ cari barang unik, vintaj di samping pelihara alam sekitar
Premium
‘Thrifting’ cari barang unik, vintaj di samping pelihara alam sekitar
Trend ‘thrifting’, ataupun amalan membeli pakaian dan barang terpakai, kini semakin popular di Singapura, terutama dalam kalangan anak-anak muda yang ingin mencari barangan unik yang bersesuaian dengan gaya mereka. Namun, amalan ini juga boleh membantu memainkan peranan dalam menyumbang kepada kemampanan dan pemuliharaan alam sekitar. Berikut BERITA MINGGU (BM) meneroka minat di sebalik trend ‘thrifting’ dan bagaimana ini boleh membantu menyelamatkan bumi dalam rencana ini.
Jan 14, 2024 | 5:30 AM
SEKELUARGA GEMAR ‘THRIFTING’: Encik Mohammad Fadzly Md Rani dan Cik Safiah Zainol Abidin bersama tiga anak mereka - (dua dari kiri) Nyla Afifah, Muhammad Aufa dan Hana Alisha - bergaya dengan pakaian mereka yang dibeli dari kedai ‘thrift’. Sekitar 80 peratus barangan di rumah keluarga ini, termasuk pakaian, perabot dan peralatan dapur, merupakan barangan lama dan terpakai yang dibeli dari tempat seperti kedai ‘thrift’ dan jualan estet. - Foto ihsan SAFIAH ZAINOL ABIDIN
Cinta mereka pada ‘thrifting’, ataupun mencari barangan terpakai yang dijual pada harga murah, bermula sejak zaman muda.
Ketika itu, minat Encik Mohammad Fadzly Md Rani dan Cik Safiah Zainol Abidin dalam ‘thrifting’ dipengaruhi oleh cinta mereka pada genre muzik seperti rock and roll, indie dan alternatif.
Laporan berkaitan
Komputer riba terpakai dapat permintaan, pilihan lebih jimat Jan 11, 2024 | 5:27 PM
Pakaian terpakai bantu jimat belanja, tangani isu kelestarianJan 11, 2024 | 3:38 PM

