Pengguna Berdaftar
Tiada 'bonus' bagi tukang gunting rambut Ramadan ini
Dulu 'khidmat penting', sekarang tidak: Untuk sara hidup, gigih sesuaikan diri
Jan 23, 2022 | 6:40 PM
KINI DITUTUP: Pemilik Atatcutz Singapore dan Ciseaux Grindhouse, Encik Fendy Ali, menggunting rambut seorang pelanggan dalam satu foto yang diambil pada 27 Februari lalu, sebelum arahan memakai pelitup dikuatkuasa. Dua kedai gunting rambutnya kini perlu ditutup berikutan langkah lebih ketat di bawah tempoh pemutus litar. - Foto fail -
BULAN Ramadan biasanya bulan yang dinanti-nantikan tukang gunting rambut di Atatcutz Singapore kerana dianggap 'bulan bonus'.
Pemilik perniagaan tersebut, Encik Fendy Ali, biasanya akan memberikan lebih insentif kepada tukang gunting rambutnya dalam tempoh yang lazimnya melihat permintaan lebih tinggi.

