Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada cakera cukai jalan mulai Feb 2017

Aug 29, 2016 | 12:47 PM
LTA akan berhenti mengeluarkan cakera cukau jalan kertas mulai 15 Feb 2017.
LTA akan berhenti mengeluarkan cakera cukau jalan kertas mulai 15 Feb 2017. - GAMBAR THE STRAITS TIMES

PENGGUNA jalan raya tidak perlu memaparkan cakera cukai jalan bagi kenderaan mereka mulai Februari depan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan pada Isnin (29 Ogos) ia akan berhenti mengeluarkan cakera kertas itu mulai 15 Feb 2017.

Dari sekarang hingga 14 Feb 14 2017, pengguna jalan raya akan terus menerima cakera cukai jalan kertas apabila mereka memperbaharui cukai jalan.

Mulai 15 Feb 2017, mereka akan menerima hanya notis bayaran cukai jalan.

Dan mulai Khamis ini (1 Sep), cukai jalan boleh dibayar di stesen AXS selain semua saluran pembayaran sedia ada.

Menggunakan kenderaan tanpa cukai jalan sah adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda maksimum $2,000. Pengguna boleh menyemak kesahihan cukai jalan kenderaan mereka di laman web One.Motoring.

Mereka juga boleh log masuk ke akaun One.Motoring mereka untuk memilih peringatan e-mel bagi memperbaharui cukai jalan tahunan atau enam bulan sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg