Tiada honestbee tapi ada 'Foodpanda, Deliveroo dan Grab'
Premium
Tiada honestbee tapi ada 'Foodpanda, Deliveroo dan Grab'
Penganalisis: Keputusan honestbee henti khidmat penghantaran makanan dijangka tidak punyai kesan mendalam ke atas rakan kongsi restoran mahupun pelanggan
May 18, 2019 | 5:30 AM
TANDA AWAL SUDAH KETARA: Menurut seorang pekerja penghantaran makanan honestbee, sudah ada tanda-tanda yang perniagaan syarikat itu semakin malap, terutama sekali dalam tempoh awal tahun lalu hingga tahun ini. - Foto fail -
KEPUTUSAN syarikat startup tempatan honestbee untuk menghentikan khidmat penghantaran makanan tidak akan mempunyai kesan mendalam terhadap mereka yang terjejas termasuk rakan kongsi restoran, penghantar makanan dan pelanggan.
Demikian sentimen yang dikongsi pakar dan penganalisis perniagaan dan juga mereka yang terjejas semasa dihubungi Berita Harian baru-baru ini.

