Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan nasional, universiti diterus

Apr 4, 2020 | 5:30 AM
PEMBELAJARAN DI RUMAH: Semasa sidang media pasukan bertindak silang kementerian yang dijalankan secara dalam talian, Menteri Pendidikan Encik Ong Ye Kung (kanan) telah mengumumkan bahawa sekolah akan beralih sepenuhnya kepada pembelajaran di rumah (HBL) bermula Rabu depan.- Foto MCI
PEMBELAJARAN DI RUMAH: Semasa sidang media pasukan bertindak silang kementerian yang dijalankan secara dalam talian, Menteri Pendidikan Encik Ong Ye Kung (kanan) telah mengumumkan bahawa sekolah akan beralih sepenuhnya kepada pembelajaran di rumah (HBL) bermula Rabu depan.- Foto MCI -

SEMUA peperiksaan pertengahan tahun akan ditiadakan setelah Kementerian Pendidikan (MOE) mengambil langkah beralih kepada pembelajaran di rumah (HBL) selama sebulan sebagai antara langkah menangani pandemik Covid-19, kata Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, semalam.

Namun, peperiksaan nasional yang disifatkannya sebagai penting, akan diteruskan, tambah beliau semasa membentangkan langkah yang bakal diambil MOE dalam sidang media pasukan bertindak silang kementerian.

Peperiksaan nasional seperti peperiksaan menulis dan lisan Bahasa Ibunda pada 1 dan 2 Jun, akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan, katanya.

"Jumlah (pelajar yang menduduki peperiksaan) ini tidak besar. Kami akan menjarakkan tempat duduk dan ia boleh diteruskan," katanya.

Bagi peperiksaan nasional akhir tahun seperti Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), peperiksaan GCE peringkat 'O' dan 'A', Encik Ong berkata MOE akan memantau situasi dan jika perlu membuat penyesuaian.

Beliau menjelaskan, sekiranya pembelajaran kurikulum terjejas, beberapa topik peperiksaan boleh digugurkan dari peperiksaan.

Cara pemarkahan juga boleh diubah suai dengan guru memberi kelonggaran dalam pemarkahan.

Mengenai universiti berautonomi pula, Encik Ong berkata peperiksaan akan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian.

Peperiksaan juga akan diteruskan sebagai tugasan rumah secara dalam talian.

Keadaan masa ini yang memerlukan pembelajaran dalam talian dan dilakukan di rumah memang "jauh daripada situasi ideal" jika melihat daripada sudut pandangan pendidikan, kata Encik Ong lagi.

"Kami tahu pendidikan adalah holistik. Ia bukan sahaja mengenai menghabiskan kurikulum, itu bahagian yang penting. Pendidikan adalah proses sosial dan satu perjalanan sosial. Tetapi kita perlu melakukan yang terbaik melihat situasi yang kita alami sekarang," ujarnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MOE dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), sekolah akan terus memberikan bimbingan dan sokongan kepada pelajar semasa tempoh pembelajaran dari rumah (HBL).

Sekolah juga akan membantu pelajar yang memerlukan alat digital seperti komputer riba atau akses internet.

Encik Ong berkata semasa pelaksanaan HBL minggu ini, sebanyak 4,000 alat digital telah dipinjamkan dan alat penghubung internet telah diberikan kepada pelajar yang tidak memiliki wifi.

Menyentuh tentang mengapa langkah beralih sepenuhnya pembelajaran di rumah diambil sekarang, Encik Ong menjelaskan masa ini merupakan masa yang sesuai.

"Memandangkan kita sedang melaksanakan dasar pemutus litar bagi menyekat risiko penularan, sekolah merupakan bahagian penting yang dapat menggerak kita kepada satu keadaan bagi membolehkan langkah jarak selamat dipertingkat, mengurangkan interaksi sosial, sekali gus mengurangkan penularan," katanya.

Tambahnya: "Dengan HBL yang dilaksanakan minggu ini juga, kita yakin dapat melengkapkan kurikulum dengan baik.. Jadi (langkah ini) tidak menjejas cuti bulan Jun."

Mengenai had jumlah pelajar yang dibenarkan ke sekolah semasa tempoh HBL, Encik Ong berkata pihak kementerian akan memberi keutamaan kepada pelajar yang ibu bapa bekerja dalam perkhidmatan penting atau di rumah kecil yang mempunyai empat hingga lima kanak-kanak kecil.

Menurutnya semasa HBL dijalakan minggu ini, ada antara 10 hingga 50 pelajar yang datang ke sekolah.

"Kami menjangkakan sejumlah kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan (yang perlu ke sekolah semasa tempoh HBL ini)... kami akan memanfaatkan apa jua sumber yang ada untuk menyokong pelajar ini," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg