Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada saranan dari M’sia tentang projek kereta api laju

Aug 3, 2023 | 2:48 PM
STESEN HSR: Lakaran artis stesen kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di Muar, Johor, yang berbentuk ‘rehal’.
STESEN HSR: Lakaran artis stesen kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di Muar, Johor, yang berbentuk ‘rehal’. - Foto EDELMAN

Malaysia masih belum memberi sebarang saranan berkenaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur dengan Singapura, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Beliau menjawab soalan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) dan Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) yang bertanya sama ada terdapat sebarang perkembangan tentang projek berkenaan.

Encik Chee menambah Singapura bersedia membincangkan sebarang cadangan baru dari pihak Malaysia berhubung HSR.

Malaysia telah mengumumkan pada Julai ia sedang mendapatkan cadangan daripada syarikat swasta untuk membangunkan HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura, dalam usaha memulihkan projek berbilion dolar itu, yang telah dibatalkan lebih dua tahun lalu.

Encik Chee menjelaskan di Parlimen, Singapura tidak terlibat dalam latihan itu yang dilancarkan oleh MyHSR Corp, entiti milik kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut.

“Saya fikir kita perlu menerima saranan itu dahulu dan kemudian kita boleh menelitinya. Kita akan tetap berfikiran terbuka tentang kemungkinan mempunyai perjanjian saling menguntungkan antara Singapura dan Malaysia,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg