Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiada warga S'pura kini berada di Afghanistan

Sep 15, 2021 | 5:30 AM
DR MOHAMAD MALIKI OSMAN
DR MOHAMAD MALIKI OSMAN -

MENTERI Kedua Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman berkata tiada rakyat Singapura yang didaftar dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA), dan berada di Afghanistan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Leon Perera (GRC Aljunied).

Encik Leon ingin mengetahui sama ada terdapat warga Singapura yang menginap di Afghanistan menyusuli kejayaan pihak Taleban mengambil alih pemerintahan Afghanistan serta apakah antara usaha untuk menyokong mereka atau membantu mereka kembali ke Singapura jika mereka memilih untuk melakukan demikian.

Dr Maliki di Parlimen semalam menjelaskan MFA tidak mempunyai perwakilan diplomasi di sana.

"Inilah sebab kita telah menasihati warga Singapura sebelum ini agar tidak ke Afghanistan atau terus berada di Afghanistan dan rakyat Singapura yang masih berada di Aghanistan harus berdaftar dengan MFA dengan serta-merta, jika mereka belum melakukan demikian," gesanya.

Taleban telah mengambil alih kuasa pemerintahan pada 15 Ogos lalu, setelah dua dekad berperang menentang pakatan ketenteraan pimpinan Amerika Syarikat dan pemerintah Afghanistan yang disokong negara Barat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg