Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tidak berlaku penularan Covid-19 di sekolah: Lawrence Wong

Jangkitan pelajar dikesan kepada seorang guru tutor di pusat tuisyen privet, Learning Point
May 15, 2021 | 5:30 AM
LANGKAH DIPERKETAT DI SEKOLAH:(Dari kiri) Profesor Kenneth Mak dan Encik Lawrence Wong berkata langkah diperketat akan dilaksanakan di sekolah termasuk menggalak guru menggunakan pelitup dan bukan pendinding muka. Turut hadir dalam sesi sidang media MTF itu termasuk (tiga dari kiri) Encik Gan Kim Yong dan Encik Ong Ye Kung. - Foto MCI
LANGKAH DIPERKETAT DI SEKOLAH:(Dari kiri) Profesor Kenneth Mak dan Encik Lawrence Wong berkata langkah diperketat akan dilaksanakan di sekolah termasuk menggalak guru menggunakan pelitup dan bukan pendinding muka. Turut hadir dalam sesi sidang media MTF itu termasuk (tiga dari kiri) Encik Gan Kim Yong dan Encik Ong Ye Kung. - Foto MCI -

TIADA bukti yang menunjukkan bahawa penularan Covid-19 bersumber dari sekolah meskipun terdapat jangkitan baru di kalangan pelajar, kata Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong.

Kes-kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan sejauh ini semuanya berlaku di luar sekolah, kata Encik Wong, tetapi langkah pengurusan selamat di sekolah tetap telah diperketatkan,

"Namun kita akan terus mengawal keadaan dengan teliti dan meninjau jika langkah tambahan diperlukan," kata Encik Wong, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian Covid-19 di sidang media semalam.

Pengetua dan guru diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga untuk memastikan pelajar yang berada di sekolah dapat meneruskan pembelajaran dengan selamat.

Kebanyakan pelajar yang dilaporkan dijangkiti Covid-19 baru-baru ini mempunyai kaitan dengan seorang guru tutor di sebuah pusat tuisyen privet, kata pengarah khidmat perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Encik Kenneth Mak.

MOH telah mengumumkan malam Khamis lalu bahawa tutor itu, 50 tahun, merupakan seorang warga Singapura yang bekerja di sebuah agensi bernama Learning Point.

Beliau mengalami cirit-birit dan pening kepala pada 3 Mei, demam pada 6 Mei dan batuk pada 11 Mei.

Beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan di klinik kejiranan pada 11 Mei dan diuji bagi Covid-19.

Keputusan ujian kembali positif hari berikutnya dan keputusan ujian serologi masih dinantikan, kata MOH lagi.

Lebih banyak sekolah akan beralih ke pembelajaran dari di rumah sepenuhnya selepas murid-murid diuji positif bagi Covid-19.

Dua murid setiap seorang daripada Sekolah Kong Hwa dan Sekolah St-Stephen disahkan dijangkiti Covid-19.

Menurut notis yang dilihat akhbar The Straits Times, murid dari Sekolah Kong Hwa dan St Stephen mempunyai hubungan rapat dengan satu lagi kes Covid-19 yang disahkan.

Jangkitan itu tidak mempunyai kaitan dengan sekolah.

Kesemua kakitangan dan murid yang ada hubungan rapat dengan murid terjejas telah diletakkan pada cuti ketidakhadiran atau kuarantin.

Kedua-dua sekolah akan dibersihkan dan proses pembasmian kuman akan dijalankan secara rapi sementara pembelajaran dari rumah dijalankan semalam.

Sebelum ini murid Sekolah Rendah Yio Chu Kang merupakan di antara 24 kes masyarakat di sini.

Sekolah-sekolah ini membawa bilangan sekolah yang terjejas ekoran kenaikan kes Covid-19 dalam masyarakat sepanjang dua minggu lalu kepada sekurang-kurangnya lima pelajar.

Apabila ditanya dalam sidang media sama ada guru tutor memakai pendinding muka dan bukan pelitup, Profesor Mak berkata dasar memakai pelitup akan diperketat.

Penggunaan pelitup - dan bukan pendinding muka yang dibenarkan di dalam kelas sebelum ini, akan lebih digalakkan, katanya.

"Pelitup yang kami sarankan perlu merupakan pelitup tiga lapisan yang sama ada versi digunakan semula atau pelitup pembedahan dan pelitup ini tidak seharusnya mempunyai penapis atau lubang.

"Proses pelitup yang diperketat akan kami galak orang awam mengamalkannya," kata beliau.

Encik Wong juga berkata kesemua sekolah akan mengamalkan dasar di mana "pendinding muka tidak akan digunakan sebagai pengganti kepada pelitup" meski kebanyakan guru menggunakan pelitup.

Bilangan kes baru yang dilaporkan di Singapura terus tinggi semalam.

MOH mengumumkan, terdapat 52 kes koronavirus baru termasuk 24 dalam masyarakat.

LANGKAH KAWALAN COVID-19 YANG DIPERKETAT

INTERAKSI SOSIAL

- Had dua orang setiap kumpulan, dua pengunjung ke rumah setiap hari.

- Dua perhimpunan sosial setiap hari, sama ada untuk kunjungi rumah atau tempat awam.

TEMPAT KERJA

- Pekerja perlu bekerja di rumah jika ia boleh dilakukan.

- Perhimpunan sosial di tempat kerja perlu dielakkan

MAKANAN DI LUAR

- Tidak dibenar makan di luar.

- Makanan perlu dibeli dan dibawa pulang atau guna khidmat penghantaran

PERKAHWINAN

- Had 100 orang dengan ujian praacara (PET), had 50 orang tanpa PET

- Majlis perkahwinan tidak dibenarkan

TEMPAT IBADAH

- Aktiviti di mana pelitup muka perlu ditanggalkan, menyanyi, penggunaan instrumen angin tidak dibenarkan.

- Sehingga 100 orang dengan PET, sehingga 50 orang tanpa PET

- Untuk percepat proses kenalpasti jangkitan, orang ramai dengan simtom masalah pernafasan akut perlu jalani ujian rapid antigen.

Ini merupakan tambahan kepada ujian ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang lebih lambat dan tepat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg