Topik diikuti
Pergi ke BHkuTidak perlu daftar basikal; pemandu harus jarak 1.5m masa melewati penunggang basikal: Panel
Tidak perlu daftar basikal; pemandu harus jarak 1.5m masa melewati penunggang basikal: Panel
Tidak perlu daftar basikal; pemandu harus jarak 1.5m masa melewati penunggang basikal: Panel
PANEL yang ditugaskan mengkaji peraturan berbasikal di jalan raya telah mencadangkan agar penunggang basikal mengehadkan kumpulan mereka kepada maksimum lima basikal dalam satu barisan. "Jika kumpulan itu dianggap sebagai kenderaan yang bergerak perlahan di jalan raya, ia sekitar panjang sebuah bas," kata Panel Penasihat Mobiliti Aktif (AMAP). Saranan itu antara yang dibuat panel tersebut dalam laporan yang disampaikan kepada Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran, hari ini. AMAP juga berkata pendaftaran basikal dan pelesenan penunggang basikal tidak digalakkan buat masa ini. Ia berkata: "Langkah seperti itu boleh menghalang keinginan berbasikal di Singapura dan menjejas secara tidak seimbang kumpulan penunggang basikal yang lebih rentan, termasuk warga emas dan individu yang bergantung kepada basikal untuk bekerja dan berulang-alik." Selain itu, tidak ada bukti dari negara lain bahawa "rejim yang menggunakan banyak sumber seperti itu berkesan dalam mencegah cara menunggang basikal yang salah, atau meningkatkan keselamatan jalan raya", katanya. AMAP juga mencadang agar penunggang basikal dibenarkan terus menunggang dua seiringan di jalan raya yang mempunyai dua atau lebih laluan "demi keselamatan dan keterlihatan mereka". Panel itu juga berkata garis panduan harus diperkenalkan dalam Kod Peraturan Jalan Raya dan buku panduan ujian memandu agar pemandu mengekalkan jarak minimum 1.5 meter apabila melewati penunggang basikal di jalan raya. Ini akan memberikan kejelasan yang lebih baik mengenai bagaimana pengguna jalan raya harus berinteraksi bagi meningkatkan keselamatan. Pemerintah telah menugaskan AMAP untuk meneliti peraturan menunggang basikal di jalan raya setelah perdebatan meletus di dalam talian April lalu mengenai apakah peraturan itu harus diperketat.
