Pembaca Berita Harian (BH) kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk membaca akhbar ini selepas akhbar elektronik atau e-akhbar yang diterbitkannya dikemas kini pada 29 Oktober.
Mereka boleh menyentuh sebarang artikel dalam e-akhbar untuk membaca artikel tersebut di laman web berbeza.
Sebelum ini, pembaca perlu ‘mencubit’ sesuatu artikel dalam e-akhbar - iaitu dalam bentuk PDF - untuk membesarkanya supaya boleh dibaca.
Ciri ini hanya ditawarkan kepada pelanggan yang membaca BH di laman web. Pengguna aplikasi (app) BH boleh menikmati ciri yang sama pada November.
Ia adalah sebahagian usaha BH dan SPH Media, untuk mempertingkat pengalaman pembaca di alam digital.
Selain itu, pembaca juga boleh membaca kandungan arkib e-akhbar sehingga 14 hari.
Pelanggan sedia ada tidak perlu melakukan apa-apa perubahan pada langganan mereka dan boleh menikmati ciri baru ini apabila mereka log masuk dalam akaun mySPH melalui laman web.
Bagi mereka yang belum lagi melanggani BH, akhbar ini menawarkan harga menarik kepada pelanggan yang melanggani pakej Semua Dalam Satu BH berharga $18.99 setiap bulan.
Pakej ini termasuk pakej digital dan surat khabar harian, akses penuh kepada beritaharian.sg, akses kepada aplikasi BH menerusi empat peranti sekali gus, akses e-akhbar dengan arkib 2-minggu.
Dengan ini, pelanggan tidak perlu risau jika ketinggalan mendapatkan atau membaca berita yang diinginkan.
Pakej digital sahaja pula hanya berharga $6.90 setiap bulan, dan pelanggan boleh menandatangani kontrak untuk enam bulan atau setahun.
Pakej ini mengandungi akses penuh kepada laporan premium dan percuma serta akses e-akhbar dengan arkib 2-minggu.
Akses penuh ini juga merangkumi artikel di BH.sg, serta aplikasi BH menerusi satu peranti sama ada menggunakan telefon bimbit atau laptop.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg