Tiga badan berlainan agama bersatu lancar program bersama
Premium
Tiga badan berlainan agama bersatu lancar program bersama
Apr 29, 2016 | 5:30 AM

BERSATU TEGUH: (Dari kiri) Pengerusi Kuil Geylang United, Cik Lian Sock Kuan; Dr Fatimah Lateef; Isa Halim; Anggota Lembaga Gereja Heart of God, Encik Jacob Tan; dan Naib Pengerusi IRCC Geylang Serai, Encik Allaudin, beramah mesra di majlis pelancaran Program Komuniti Bersama kelmarin. - Foto M.O. SALLEH -
TIGA badan agama - Masjid Khalid, Gereja Heart of God dan Kuil Geylang United - melancarkan Program Komuniti Bersama kelmarin yang bakal menyaksikan ketiga-tiga badan menganjurkan kelas tuisyen, kempen derma darah dan program mentor melalui sukan kendalian pemain bola sepak Liga-S, Isa Halim.
Ketika ditemui setelah melancarkan program tersebut di Gereja Heart of God, di Eunos Avenue 3, Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, berkata: "Ini adalah contoh kerjasama dan persefahaman serta rangkaian kepercayaan yang dibina dan dipupuk di Geylang Serai.

