Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiga buku diharamkan kerana kandungan ekstrem: MCI
Tiga buku diharamkan kerana kandungan ekstrem: MCI
Tiga buku diharamkan kerana kandungan ekstrem: MCI
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata tiga buku ini menggalakkan idea berbahaya yang diedarkan secara meluas dalam kalangan radikal untuk membenarkan jenayah dan keganasan. FOTO: Muis -
Nov 20, 2018 | 6:59 PM
KEMENTERIAN Perhubungan dan Penerangan (MCI) telah mewartakan tiga buku yang mempunyai kandungan ekstrem sebagai penerbitan terlarang atas saranan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Tiga buku itu, Things that Nullify One's Islam, What Islam is All About (Student Textbook), dan The Wisdom of Jihad telah dilarang di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MCI semalam, ketiga-tiga buku mengandungi pandangan agama ekstrem atau eksklusif yang menggalak permusuhan di kalangan masyarakat agama yang berbeza, dengan dua penerbitan yang menunjukkan pandangan yang menentang kumpulan lain di kalangan agama yang sama.
