Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiga cedera selepas kereta rempuh pasar di Marine Parade
Tiga cedera selepas kereta rempuh pasar di Marine Parade
TIGA orang dibawa ke hospital selepas sebuah kereta merempuh pasar di Marine Parade pada Sabtu (9 Disember).
Insiden itu berlaku sekitar 12.30 tengah hari di Blok 50A, Marine Terrace, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), menjawab soalan akhbar The Straits Times.
SCDF berkata ia diberitahu tentang kemalangan itu sekitar 12.34 tengah hari.
Tiga orang cedera dan dibawa dalam keadaan sedar ke Hospital Besar Changi, kata SCDF.
Dalam gambar yang dikongsi oleh pembaca akhbar bahasa Mandarin Linahe Zaobao, sebuah kereta putih dilihat di tempat kejadian. Difahami, ia merempuh gerai menjual bunga.
Menurut ST, ia telah menghubungi polis untuk mendapatkan keterangan lanjut.