Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga duta sampai tauliah kepada Presiden Halimah di Istana

Sep 23, 2022 | 8:04 PM
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara. - Foto FB Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara. - Foto FB Istana Negara -

Tiga ketua duta asing telah menyampaikan tauliah mereka kepada Presiden Halimah Yacob dalam istiadat berasingan di Istana pada Jumaat (23 Sep). Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat, mereka ialah Duta Besar Lithuania, Encik Darius Gaidys; Duta Belanda, Cik Anna Désirée Adema; dan Duta Dominican, Encik Robert Miky Takata Pimentel. Bagi Encik Gaidys, sebelum pelantikan itu, beliau adalah Duta Kelana di Jabatan Teknologi Maklumat Kementerian Luar Lithuania. Bagi Cik Adema pula, sebelum ini beliau adalah timbalan duta Belanda di India. Bagi Encik Takata Pimentel, beliau seorang diplomat kerjaya di Kementerian Luar Dominican.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg