Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga flat HDB capai nilai $1 juta dalam pasaran jualan semula

Nov 10, 2017 | 7:50 PM
CAPAI LEBH $1 JUTA: Unit di tingkat 36 Blok 18D Holland Drive yang mencapai nilai $1.03 juta pada Julai lalu.
CAPAI LEBH $1 JUTA: Unit di tingkat 36 Blok 18D Holland Drive yang mencapai nilai $1.03 juta pada Julai lalu. - Foto MICHELLE CHIA

TIGA flat Lembaga Perumahan Awam (HDB) di Commonwealth Drive dan Holland Village mencecah nilai jualan semula $1 juta dan mencatat rekod baru bagi penjualan 2017, tidak termasuk Pinnacle @ Duxton.

Menurut data agensi hartanah PropNex, dua daripada unit itu terletak di Blok 50, Commonwealth Drive - satu dijual pada harga $1.035 juta pada Oktober dan satu lagi, $1.028 juta pada Ogos. Sebuah unit di lantai 36 di Blok 18D, Holland Drive pula dijual $1.03 juta pada Julai.

Pada Februari lalu, sebuah penthouse Skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) di Natura Loft, Bishan, memecahkan rekod apabila dijual semula pada $1.18m. Walaupun flat DBSS dianggap perumahan awam, mereka dimaju dan dijual oleh pemaju swasta, bukan HDB.

Transaksi itu dicatatkan walaupun indeks harga bagi flat jualan semula HDB sejak 2016 menyaksikan penurunan.

Pada 2016, sebuah flat Pinnacle @ Duxton HDB dijual pada harga $1.12m memecahkan rekod jualan semula HDB ketika itu. Nilai unit Pinnacle @ Duxton ialah $981 meter persegi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg