Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tiga individu diberkas dalam kes penipuan jual beg mewah palsu dalam talian, berjumlah $9,800

Aug 15, 2020 | 3:45 PM
BEG MEWAH PALSU: Siasatan awal menunjukkan tiga individu yang diberkas itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tujuh kes penipuan penjualan beg mewah berjumlah $9,800.
BEG MEWAH PALSU: Siasatan awal menunjukkan tiga individu yang diberkas itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tujuh kes penipuan penjualan beg mewah berjumlah $9,800. - - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA

POLIS telah memberkas seorang wanita dan dua remaja, berusia antara 16 tahun dan 21 tahun, yang disyaki terlibat dalam siri penipuan bernilai $9,800 menerusi penjualan beg mewah palsu.

Antara Januari hingga Jun tahun ini, polis menerima beberapa laporan daripada mangsa yang dipercayai ditipu oleh penjual dalam talian yang mendakwa menjual beg mewah tulen pada harga diskaun di wadah beli-belah dalam talian Carousell.

"Beberapa mangsa kemudian mendapati beg itu palsu, manakala beberapa mangsa pula tidak menerima beg itu setelah bayaran dibuat sedang suspek tidak boleh dihubungi," kata polis dalam satu kenyataan pada Sabtu (15 Ogos).

Menerusi siasatan, pegawai Disyen Polis Bedok mengenal pasti identiti tiga suspek dan memberkas mereka pada 11 dan 12 Ogos lalu.

Siasatan awal menunjukkan tiga individu itu terlibat dalam sekurang-kurangnya tujuh kes penipuan berjumlah $9,800. Siasatan masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg