Premium
Tiga kali juarai musabaqah kategori kanak-kanak
Sep 22, 2019 | 5:30 AM
BERDEDIKASI DAN BERDISIPLIN: Naurah Khalisah Nasser, 11 tahun, di Majlis Musabaqah Tilawah dan Tahfiz Al-Quran Kebangsaan Singapura pada 17 Ogos lalu. Dia muncul juara dalam pertandingan itu bagi kategori kanak-kanak. - Foto NUR HAFYZAH JUMEE -
SEJAK kecil, Naurah Khalisah Nasser, 11 tahun, sering mengikuti ibu bapanya menonton acara musabaqah al-Quran yang dianjurkan di masjid-masjid tempatan, sehingga hatinya berbunga untuk mempelajari seni taranum.
Minatnya terhadap pengajian al-Quran semakin mendalam, apatah lagi setelah dia mengikuti kelas anjuran Ustaz Nor Muhammad, qari yang biasa mewakili Singapura dalam musabaqah di luar negara.

