Tiga lelaki dilihat ambil kerang, ketam di Paya Simpanan Sungei Buloh
Premium
Tiga lelaki dilihat ambil kerang, ketam di Paya Simpanan Sungei Buloh
Dec 5, 2017 | 5:30 AM

PERBUATAN TIDAK DIBENARKAN: Tiga lelaki yang kelihatan menggali tanah di Paya Simpanan Sungei Buloh, dipercayai untuk menangkap kerang-kerangan dan ketam. - Foto BEN LEE -
SEORANG pemandu alam semula jadi yang mengunjungi Paya Simpanan Sungei Buloh terkejut melihat tiga lelaki yang dikatakan mengambil kerang-kerangan dan ketam kelmarin.
Encik Ben Lee, seorang pemandu alam semula jadi sepenuh masa bersama Nature Trekker, memberitahu akhbar The Straits Times (ST) semalam bahawa beliau melihat tiga lelaki itu mengambil kerang-kerangan dan ketam kecil dan memasukkannya ke dalam beg plastik pada sekitar 5.20 petang.

